Wanita Berusia 20 Tahun Ini Berisiko Lumpuh Sebab Tak Makan Daging Selama 30 Tahun!


Siapa kat sini amal diet vegetarian? Haa hati-hati sebab seorang wanita berusia 50-an baru-baru ni berisiko jadi lumpuh sebab amalkan diet vegetarian yang ketat selama 30 tahun.

Menurut WORLD OF BUZZ, kejadian yang jadi kat Wuhan, China ni berlaku kat seorang wanita yang dulunya overweight ketika usia dia baru 20-an. Dengan mempunyai ketinggian 160cm, wanita tu dianggarkan mempunyai berat 55kg pada masa tu. Err 55kg gemuk ke weh? Apa-apapun disebabkan hal tu wanita ni putuskan untuk amal diet vegetarian untuk turunkan berat badan.

Lepas menjalani diet vegetarian, wanita tersebut berjaya turunkan berat badan dan maintain kurus dengan berat hanya 45kg.

“Saya tak makan daging dan makanan berminyak. Sebabkan hal tu, berat badan saya turun hingga ke 45kg dan saya kekal maintain dengan gaya hidup macam ni selama 30 tahun.

“Tapi baru-baru ni saya rasa tak stabil bila berjalan, ia terasa macam saya sedang berpijak atas kapas. Tambahan pula, kedua-dua belah kaki dan tangan saya selalu rasa kebas,” kata wanita bernama Tan ini.

Risau dengan keadaannya sekarang, dia buat pemeriksaan di hospital. Alangkah terkejutnya dia bila doktor beritahu yang neuron tulang belakang Tan ni sebenarnya dah rosak teruk yang mana ia sangat pelik dan kejadian tu hanya berlaku dekat pesakit yang alami diabetes atau tak cukup zat makanan.Alamak!

Menghidapi kekurangan zat vitamin B12

Kajian lanjut jugak mendedahkan yang wanita ni sedang menghidapi kekurangan zat vitamin B12, iaitu nutrien yang sangat penting untuk memperbaiki neuron. Lebih mengejutkan, level vitamin B12 hanya ada 10% je dalam badan Tan kalau nak dibanding dengan badan manusia biasa.

Menurut pakar neurologi hospital, vitamin B12 ni penting untuk melindungi dan bagi support kat pembentukan neuron dalam badan manusia. Setiap makanan ada bilangan vitamin B12 yang berbeza dan selalunya daging ada percentage B12 yang paling tinggi dari makanan lain. Jangan lah tak makan daging langsung!

Sebab tu lah vegetarian macam Tan dapat komplikasi macam ni. Kalau neuron dalam tubuh rosak disebabkan kekurangan vitamin B12, pesakit mungkin alami simptom tak boleh berjalan atau lebih teruk lumpuh terus. Dalam pada tu, otot badan jugak boleh mengecut tau mengikut beberapa kes.

Malah mereka yang amalkan diet vegetarian ni boleh alami penyakit jantung. Selalunya vegetarian yang strict dan tak makan makanan macam susu dan telur kerap kena penyakit ni.

Memang betul lah kata orang kalau makan banyak sayuran tu boleh turunkan berat badan. Tapi kalau korang amalkan diet vegetarian ni dalam jangka masa yang panjang, mungkin tak digalakkanlah. Tapi kalau nak amalkan jugak, elok korang ambil supplemen vitamin B12 atau ekstrak yeast macam Marmite sebab korang langsung tak makan makanan bersusu dan daging kan.

Setakat ni admin tak sure treatment apa yang Tan sedang lalui dan macam mana keadaan dia sekarang, tapi harap dia cepat sembuh dan kembali sihat seperti sediakala.

Ingat ye korang! Nak diet boleh tapi jangan keterlaluan sampai bahayakan kesihatan.
close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==
Kode DFP2