Cinta Pertama.. Kenapa Ia Sangat Sukar Untuk Dilupakan?


Cinta pertama tidak sama seperti cinta monyet. Cinta monyet itu cinta yang main-main yang tidak punya masa depan, berbeza dengan cinta pertama yang anda ada cita-cita untuk bersama si dia hingga ke akhir hayat.

Namun tidak semua cinta pertama dapat dilafazkan dan bersama. Kadang ia hanya terkubur bersama impian yang tidak mungkin jadi kenyataan.

Sehingga kini ramai yang masih merungut, kenapa diantara mereka susah untuk melupakan yang pertama walaupun sudah yang terakhir?

#1 Usia
Kebanyakan dari kita mula timbul perasaan ‘suka’ dan ‘jatuh cinta’ sekitar umur 13 hingga 25 tahun. Sewaktu itu otak lebih banyak bekerja dan perasaan lebih dramatis.

#2 Naluri
Cinta pertama ialah individu pertama mengerakkan hati dan naluri sebenar mengenai perasaan suka, sedih, kehilangan, kemahuan dan banyak kali. Jadi setiap kali wujud rasa ‘cinta’, setiap itulah dia sentiasa berada dalam fikiran. Ada sesetengah dari kita, percaya si dia yang mula ajar apa itu cinta.

#3 Ianya suci
Boleh dikategorikan sebagai cinta pertama ialah cinta yang polos suci. Dimana semakin kita dewasa, cinta yang jujur mula pudar. Sewaktu cinta pertama sikap yang ditonjolkan lebih jujur, ikhlas dan benar-benar terbuka terhadap perasaan.

#4 Terkenang memori indah
Yang pertama buat anda rasa begitu gembira, siapa boleh lupa tentang memori ceria bersama si dia. Setiap kali anda mengenangkan perkara yang mengembirakan pasti terselit saat, memori dan pengalaman indah ketika bersama si dia.

#5 Kerana ianya sentiasa yang pertama
Bukan anda tidak mahu melupakannya tapi yang pertama telah menakluknya dahulu. Anda akan sentiasa ingat yang pertama sebelum seterusnya. Namun jaga-jaga tidak semua cinta pertama harus dimilikinya kerana ia hanya sebagai pengajaran dan pengalaman sebagai seorang insan mencari cinta. Jangan terjerat!

Sesungguhya cinta pertama itu suatu yang teruja, magis dan paling sukar dipadamkan dalam ingatan.
close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==
Kode DFP2