Setiap orang mempunyai minat yang berbeza. Ada yang suka akan sains serta benda-benda yang berkaitan dengan logik akal, ada juga yang suka akan kesenian sehingga mereka tidak boleh lepas daripada menghasilkan lukisan-lukisan penuh makna, ada juga yang suka akan tarian, nyanyian serta ramai juga yang minat akan seni mempertahankan diri.
Ramai ibu bapa juga suka menghantar anak-anak mereka untuk belajar seni mempertahankan diri sejak mereka kecil lagi. Aktiviti tersebut bukan sahaja dapat membantu mereka jika berada dalam kesusahan tetapi dapat juga membentuk diri supaya lebih berdisiplin.
Baru berusia beberapa tahun tetapi kelincahan kanak-kanak ini hampir sama dengan Bruce Lee, cukup mengagumkan!
Seperti kanak-kanak ini walaupun masih terlalu kecil dia nampaknya sudah lincah dengan pergerakan-pergerakan seni mempertahankan diri. Mungkin kerana minat dengan apa yang dilakukan artis terkenal Bruce Lee telah membuatkannya bertambah minat dengan aktiviti tersebut.
Apa yang paling menyeronokkan ialah apabila melihat dorongan yang diberikan oleh keluarganya. Jelas sekali mereka meyokong minat si kecil ini dan itu jugalah yang membuatkan kanak-kanak ini semakin bersemangat untuk meneruskan minatnya!