Setelah 2 Tahun Menyepi, Kini Mila Jirin Umum Sesuatu Yang Mengjutkan Ramai!!


SELEPAS dua tahun berehat dari industri seni, penyanyi Mila Jirin mengumumkan bakal kembali mewarnai dunia seni.

Ujar bintang berusia 31 tahun ini, dia berasa sangat gementar menantikan penerimaan orang ramai.

https://www.instagram.com/p/BfTTUqpFK9b/

“Masih adakah yang akan meyokong saya didalam industri muzik ini?

“Itu detik hati saya, bila saya nak melangkah masuk ke studio rakaman setelah hampir dua tahun berehat. Saya rasa takut dan risau.

“Namun kerana sangat rindu untuk kembali, saya nekad untuk melakukan semua sendiri dengan tajaan sepenuhnya dari Bizmilla Catering. Tiada label besar yang memayungi saya,” tulisnya menerusi beberapa entri di laman Instagram miliknya.

Tambah Juara Akademi Fantasia musim kelima ini, dia bersyukur apabila suami, Ahmad Ailis Mohamed Mustapha, 39, memberi izin untuk kembali aktif.

Mila bakal tampil dengan single baharu bertajuk Adam dan Hawa.

“Bila suami izinkan saya happy sangat bercampur risau. Tapi bila suami minta saya jadikan #NonProfitProject di mana sebarang pendapatan dari projek ini untuk manfaatkan kepada insan yang memerlukan, saya jadi bersemangat luar biasa untuk kembali.


“InsyaALLAH saya dan suami dah bersetuju untuk salurkan sebarang pendapatan daripada projek lagu Adam dan Hawa ini kepada Unit Salam di @muslimvolunteermalaysia Insya Allah moga ia memberi manfaat,” jelasnya.

Menolak memilih untuk kembali kerana populariti, Mila berkata, dia berharap lagu Adam dan Hawa ini dapat membawa manusia ke arah kebaikan.

“Kembali bukan untuk mengejar populariti maupun mengejar duniawi yang bergemerlapan.

“Untuk projek ini saya sendiri inginkan kelainan dari segi penyampaian lagu biar ada makna untuk membawa kita ke arah kebaikan dan moga ia tidak melalaikan kita InsyaALLAH.

“Mohon doa sahabat sekalian agar ianya mendapat redha ALLAH Yang Maha Berkuasa. Semoga ia bakal memberi manfaat buat kita semua,” tulisnya lagi.
close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==
Kode DFP2