Sultan Johor cadang wujud Pejabat Konsulat Jeneral China di JB


Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar berkenan mencadangkan penubuhan Pejabat Konsulat Jeneral China di sini, bagi terus memperkukuhkan hubungan dua hala antara Johor dan republik itu yang sekian lama terjalin.

Cadangan baginda disambut baik Duta Besar China Ke Malaysia, Bai Tian, ketika melakukan kunjungan hormat ke atas Sultan Ibrahim di Kelab Polo Diraja Johor, Istana Pasir Pelangi, di sini, hari ini.

Sultan Ibrahim menerusi kenyataan terbaru dalam Facebook (FB) rasmi baginda turut bertitah, negeri itu kini sedang berkembang pesat dan ramai pekerja dari China bekerja di sini.

"Johor kini sedang berkembang pesat dan terdapat juga ramai pekerja China yang bekerja di sini, khususnya di kawasan Johor Bahru dan Iskandar Puteri terutama dalam sektor pembinaan.

"Johor juga menjadi tumpuan utama pelancong China. Jika diwujudkan sebuah pejabat konsulat di sini, ia memudahkan mereka jika berdepan sebarang masalah membuat rujukan segera tanpa perlu ke Pejabat Duta Besar China di Kuala Lumpur," titah baginda.

Dalam pertemuan selama hampir 30 minit bersama Sultan Ibrahim, Tian memaklumkan beliau akan mengemukakan cadangan baginda kepada kepemimpinan tertinggi kerajaan di Beijing, China dalam tempoh terdekat.

Pada masa sama, Tian turut memuji ketokohan Sultan Ibrahim memajukan dan membangunkan Johor sehingga dikenali ramai di pentas dunia, malah negeri itu turut menjadi antara tumpuan penting pelabur dari China.

"Saya juga memandang tinggi terhadap ketegasan Sultan Johor yang sentiasa mahukan rakyat di negeri ini bersatu-padu tanpa mengira agama atau bangsa," katanya.
close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==
Kode DFP2