Selepas Cubaan Dimalukan Di Media Sosial Hingga Jadi Kes Polis, Siapa Sangka “Jururawat Di Sebalik Pintu” Ini Telah Pun…


Ingat lagi tak kisah seorang jururawat dari Hospital Langkawi yang dimarahi oleh seorang lelaki yang meninggikan suara yang mendakwa hospital tersebut memberi layanan kurang memuaskan terhadap isterinya yang datang ke hospital untuk memeriksa kandungan yang berusia 37 minggu minggu lalu.

Sekalipun “dimarahi” sebegitu rupa tetapi jururawat ini dengan separuh dari badannya dari celah pintu telah memaklumkan ayat sebegini kepada lelaki yang memarahinya.

“Apabila kita di layan begini, siapa tidak kecil hati.
Encik kuasa lelaki dan encik meningggikan suara pada saya.
Saya hanya menjalankan tugas menjaga kesihatan isteri dan anak encik”

Ternyata tindakan menularkan video itu mengundang padah kerana Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah melalui Pengarah Kesihatan Negeri Kedah, Dato’ Norhizan Ismail telah mengeluarkan satu kenyataan akhbar mengenai insiden tersebut. Beliau turut memberitahu bahawa satu laporan polis turut dibuat terhadap lelaki tersebut kerana telah membuat rakaman tanpa kebenaran di kawasan larangan.


Kes ini menjadi tular seterusnya satu laporan polis dibuat


Kata Dato Norhizan, pihak JKN Kedah memandang serius tuduhan yang dilemparkan oleh lelaki tersebut dan satu siasatan menyeluruh telah diadakan bagi mendapatkan gambaran sebenar kejadian yang berlaku. Menurut kejadian, lelaki tersebut bersama-sama dengan isterinya yang hamil 37 minggu hadir ke Hospital Langkawi pada pukul 2.20 pagi pada 31 Mac untuk membuat pemeriksaan kerana mendakwa mengalami kesakitan seperti ingin bersalin.

Jururawat yang bertugas telah memeriksa wanita tersebut termasuk menjalankan beberapa siri ujian antaranya ujian air kencing dan cardiotocography (CTG) dan mendapati bahawa ia bukan kes kecemasan. Bagaimanapun, wanita tersebut perlu diperiksa oleh Pegawai Perubatan dan Pakar Perbidanan dan Sakit Puan atas beberapa faktor.

Namun begitu, Pegawai Perubatan dan Pakar Pebidanan dan Sakit Puan yang bertugas pada waktu tersebut secara atas panggilan (on-call) ketika itu berada di Dewan Pembedahan kerana mengendalikan satu kes kecemasan membabitkan kesn ibu bersalin yang mengalami pertumpahan darah dan memerlukan pembedahan segera dan hanya selesai pada pukul 4.52 pagi.

Oleh itu beliau mengingatkan orang ramai bahawa tindakan mengambil gambar atau video di premis Kementerian Kesihatan tanpa kebenaran adalah dilarang. Larangan ini juga termasuk kepada tindakan terhadap anggota kesihatan, sama ada kekerasan fizikal, lisan atau bertulis termasuk di media sosial. Pihaknya boleh mengambil tindakan undang-undang terhadap individu-individu tersebut di bawah Kanun Keseksaan Malaysia (Akta 574) dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Laporan polis telah dibuat pada 31 Mac lalu.

Mungkin kerana kurangnya pengetahuan tidak boleh memuat naik gambar di hospital selain telah menularkan video berkenaan, kes ini kini menjadi kes polis.

Tapi apa yang bestnya, di sebalik penularan video ini, semalam akak jururawat ini telah diraikan penuh beradab oleh pihak Jabatan Kesihatan Negeri Kedah sekaligus meletakkan dirinya adalah “SIMBOL KEMENANGAN MORAL” bagi semua kakitangan yang pernah menerima nasib yang sama sebelum ini.

Raut mukanya memang nampak sedikit “kelelahan”, tetapi penghargaan diterimanya ini membuktikan bukan semua “kemarahan” dan “emosional” perlu disalurkan ke media sosial.

Dirai dengan penuh beradab di atas kesabarannya melayan karenah orang

Baca perkongsian dari Public Health Malaysia yang menulis di ruang muka buka mereka.

Raikan Kemenangan Jururawat Di Sebalik Pintu

“Jururawat di sebalik pintu” yang tular beberapa hari lalu di raikan dalam majlis penghargaan ringkas oleh Jabatan Kesihatan Negeri Kedah.
Penghargaan ini adalah bukti kemenangan penjawat awam terhadap tindakan kekerasan yang dilakukan oleh orang awam.
Isu ini memberi banyak pengajaran kepada kakitangan awam dan masyarakat, antaranya adalah;

1. Jika anda dikasari dan dikenakan sebarang tindakan kekerasan sama ada dalam bentuk fizikal, tutur kata atau perbuatan sebaik baiknya jangan membalas semula dengan kekasaran.

2. Walau apa yang berlaku, bertindak secara rasional dan kekalkan profesionalisma sebagai penjawat awam.

3. Dalam era teknologi serba canggih, dan kegilaan kepada isu “Viral” sentiasa waspada dengan “mata mata” seperti kamera tersembunyi, alat perakam yang mungkin di letakkan bersama untuk menginaya kita.

4. Istilah “customers always right” tidak lagi releven di guna pakai. Sebarang tindakan kekerasan adalah sesuatu perkara yang tidak dapat di kompromi selaras dengan Akta Pelindungan Pekerja.

5. Ketahui hak anda sebagai pekerja dan kakitangan awam.

6. Ambil tahu mengenai Garis Panduan Mengenai Kekerasan Kepada Penjawat Awam http://jknkelantan.moh.gov.my/v3/modules/news/article.php…

Tahniah, kini anda tidak perlu lagi bersembunyi dibalik pintu! Anda merupakan simbol kepada kemenangan terhadap isu kekerasan terhadap anggota penjawat awam. Seronok dapat bunga ya!
close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==
Kode DFP2