Tawar Perkhidmatan Van Jenazah RM1, Mr Kuan Chee Heng Ingin Membantu Golongan Tidak Berkemampuan


Baru saja dimuat naik tujuh jam yang lalu, namun gambar tersebut telah dikongsi lebih dari 33,000 kali di Facebook.

Aktivis masyarakat, Kuan Chee Heng, sebelum ini pernah menawarkan perkhidmatan Uber Miskin 10 sen, Rumah tumpangan RM1 dan banyak lagi, kini menawarkan perkhidmatan Van Jenazah RM1.

“Perkhidmatan Van Jenazah bagi mereka yang betul-betul susah. RM1 sahaja. Tolong share agar perkara ini sampai kepada golongan yang tidak berkemampuan,” tulisnya.

Menurut Kuan, niatnya hanya mahu membantu meringankan bebanan golongan tidak berkemampuan yang kehilangan orang tersayang.

“Kalaulah ada orang susah meninggal dunia, jangan susah hati. Call kami dan kalau ada kelapangan, kami pasti akan bantu. Tak payah susah-susah nak bayar.

“Kerja paling baik ialah menolong menguruskan jenazah. Call 012-2732148,” tulisnya.

Bagaimanapun, jika perkhidmatan mereka diperlukan sehingga ke luar kawasan, Kuan hanya meminta pihak waris menyediakan makanan untuk kru.

“Kalau nak balik kampung, kamu perlu sediakan makanan untuk kru kami sahaja. Kalau berduit, kena bayarlah. Let’s make Malaysia better,” tulisnya lagi.

Sementara itu, netizen memuji usaha Kuan yang banyak membantu golongan yang tidak berkemampuan tanpa mengira bangsa dan agama.

Tidak kurang juga ada netizen yang menjadikan Kuan sebagai contoh dan memberi semangat kepada mereka untuk tampil membantu golongan berkenaan.
close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==
Kode DFP2