Demi Ilmu, Membawa Adik Ke Sekolah Kerana Tiada Orang Menjaganya, Budak ni Buat Ramai Bangga

Car Donation To Charity
A charity that uses a donated vehicle for transportation or hauling goods obviously benefits directly from such a donation. However, in many cases donated cars will be sold en masse, either by the charity itself or by a dealer to raise funds for the charity. In the case of a dealer, the charity generally receives a flat fee per car

Seorang kanak-kanak lelaki di Filipina menjadi bualan hangat di internet selepas dia dilihat membawa adik lelakinya yang masih kecil ke kelas memandangkan tiada siapa yang boleh menjaga adiknya di rumah.

Justin yang baru berusia tujuh tahun segera mencuri perhatian ramai apabila gambarnya sedang memangku seorang anak kecil sambil menyiapkan kerja sekolah menjadi tular.

Lokasi kejadian dikatakan berlaku di sebuah kawasan pedalaman yang terletak kira-kira 600 km daripada bandar Manila.

Puan Lei iaitu guru yang bertanggungjawab memuat naik gambar berkenaan di Facebook telah menyertakan sekali kapsyen yang nampaknya menunjukkan mengapa Justin terpaksa membawa adiknya ke sekolah.

“Saya akan membawa adik saya yang berusia setahun ke sini memandangkan nenek perlu bekerja di ladang dan tiada siapa yang boleh menjaganya”.

Perilaku Justin ternyata mengejutkan ramai individu yang mengagumi sikap bertanggungjawab dan prihatinnya walaupun di usia yang masih mentah.

Salah seorang netizen memberi komen:

“Ini adalah contoh individu yang bertanggungjawab walaupun masih muda. Dia tahu keutamaannya, perlu belajar di samping menjaga adik kecil”.

Kanak-kanak yang sungguh matang! Kesanggupannya datang ke kelas sambil menjaga adik yang masih kecil membuatkan kita semua berfikir bahawa kita yang mempunyai kemudahan ini kadangkala terlalu leka dan tidak mengambil serius tentang masa hadapan.
close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==
Kode DFP2