Wan Azizah terasa hati dengan Tun M


Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail, mengakui terasa hati dengan Tun Dr Mahathir Mohamad, berikutan apa yang dilakukan terhadap suaminya.

"Dahulu, Datuk Seri Anwar Ibrahim jadi tahanan politik di Kamunting dan selepas dibebaskan, dipelawa masuk UMNO pada masa itu. Dalam hati Anwar, tiada dendam dan dia masuk dalam 'pihak'yang memenjarakannya.

"Sama la sekarang ini, tidak saya mimpi akan duduk tepi Tun Mahathir dalam satu mesyuarat, tetapi ini yang berlaku.

"Nak fikirkan hati, memanglah orang Melayu kata, ikut hati mati, ikut rasa binasa. Memanglah...kadang-kadang terasa juga," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis minum petang bersama Presiden Pakatan Harapan di Kampung Repoh, Batu Kurau, di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Setiausaha Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah dan Pengerusi PKR Perak, Dr. Muhammad Nur Manuty.

Sementara itu, Saifuddin berkata, Pakatan Harapan diketuai DAP bakal mengumumkan manifesto mereka di Shah Alam pada 8 Mac ini.

"Saya tidak boleh sebutkan manifesto itu melainkan apa yang kepemimpinan sudah sebut," katanya.
close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==
Kode DFP2