Tengok ekspo, dapat rumah


Impian sepasang suami isteri warga emas untuk memiliki kediaman lebih selesa tercapai diumum sebagai pemenang hadiah utama pada Ekspo Muafakat Kedah (EMK).

P Amarthuvaly, 63, dan suaminya, R Superian, 67, yang tinggal di Flet Alor Malai di sini, menerima rumah Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) di Sungai Petani, apabila diumumkan sebagai pemenang cabutan bertuah pada hari terakhir ekspo itu hari ini.

Beliau menerima hadiah itu daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, pada majlis penutupan ekspo berkenaan petang tadi.

Anaknya, S Nalini, 32, berkata ibunya tinggal di flet itu sejak 43 tahun lalu, berhasrat untuk mendapatkan rumah teres yang lebih selesa.

"Sebelum datang saya berdoa untuk melihat mereka memiliki rumah yang lebih selesa memandangkan faktor usia tidak sesuai buat mereka yang tinggal di tingkat lima.

"Sebab itu saya mengajak mak dan adik datang ke ekspo ini semalam untuk menyertai cabutan bertuah ini dan tidak sangka percubaan kali pertama membuahkan hasil," katanya.

Seorang lagi pemenang rumah PR1MA, Noor Azie Syamira Noor Yakin, 26, turut terkejut apabila menerima panggilan telefon pada jam 1.15 tengah hari tadi yang memaklumkan beliau akan menerima rumah.

"Saya mulai bekerja tahun lalu dan merancang untuk memiliki rumah dalam tempoh 10 tahun lagi... sehingga kini saya masih tergamam dan seperti bermimpi menerima hadiah cabutan bertuah ini daripada Perdana Menteri," kata gadis yang berasal dari Pendang.

Sementara itu, peniaga pasar malam, Faizal Muhayudin, 35, bersyukur apabila anak keduanya, Muhammad Firash Fitri, 2, diumumkan sebagai pemenang kenderaan utiliti sukan, Haval.

"Saya peniaga pasar malam dan hanya hanya mampu menggunakan Proton Iswara sejak sekian lama. Selepas ini, dapatlah saya sekeluarga memandu kereta bersaiz besar dan selesa," katanya.
close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==
Kode DFP2