Bila dah berhutang, mestilah kena bayar, kan? Kalau tak mampu bayar sekaligus, bayar sikit-sikit dulu. Tapi yang peliknya bila ada orang seronok bercuti sana sini tapi hutang tak nak bayar.
Seorang wanita dikenali sebagai Haira berkongsi di laman sosial meluahkan rasa kesal apabila kenalannya bukan sahaja sengaja menangguh pembayaran dan tak nak bayar hutang yang dipinjam, tapi siap boleh bagi macam-macam alasan lagi.
Pinjam RM2,500 dua tahun lepas untuk modal perniagaan
Menurut perkongsian Haira, kenalan lelaki bernama Raffiudin tersebut berhutang ribuan ringgit darinya sejak beberapa tahun lepas. Dua tahun berlalu, lelaki tersebut masih gagal melunaskan hutangnya walaupun sering muat naik gambar percutian di laman sosial.
“Lelaki ini berhutang dengan saya RM2,500. Tetapi bila saya minta dia bayar RM2,000 sahaja, sehingga sekarang dia tak buat bayaran balik.”
“Dia pinjam duit itu untuk modal perniagaan Roti John dan sewa kedai. Tetapi sudah dua tahun berlalu, dia gagal membayar kembali wang itu kepada saya.”
Ops sorry takde duit. Ada duit baru bayar. Okay bye!“
Haira yang perlukan duit untuk menyertai satu program universiti di Batam tak teragak-agak untuk minta wang dengan Raffiudin sebab memang lelaki tu pinjam duit dia pun kan. Mula-mula dia minta RM500 tapi selamba je Raffiudin jawab takde duit.
Lepas tu Haira minta RM200, pun tak ada jugak. Siap boleh suruh Haira bersabar lagi sebab dah mula naik angin dia tak nak bayar hutang. Admin pun naik angin je baca whatsapp dia.
Raffiudin tak malu sindir Haira padahal dia yang berhutang
Bukan sahaja bagi macam-macam alasan nak tangguh pembayaran dia tu, Raffiudin siap sindir Haira dan tuduh wanita tu childish sebab tak sabar tunggu hutang dibayar. Haira siap pergi rumah Raffiudin di Melaka untuk tuntut hutang, tapi tak membuahkan hasil.
Lebih teruk, mak Raffiuddin pun jenis backup anak dan sampai sekarang lah Haira tak dapat balik duit dia.
Lepas benda ni jadi, Haira mengaku yang dia pun silap jugak sebab beri pinjam duit cash macam tu dan tak transfer duit. So tak ada bukti nak menunjukkan yang lelaki tu pinjam duit dia.
“Saya mengaku saya kurang cerdik pada masa itu..Yang saya bengang, dia cakap tak ada duit tetapi boleh pergi Langkawi, Phuket semua bercuti.”
Difahamkan, Haira sekarang dah berjaya dapatkan maklumat tempat kerja dan nombor telefon pejabat Raffiudin dan akan ambil tindakan selanjutnya. Semoga Haira akan dapat balik duit dia tak lama lagi.
Korang kalau nak kasi pinjam duit kat sesiapa, make sure hati-hati dan guna cara yang ada bukti pinjaman supaya tak jadi macam ni ye!